KANGAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti kemungkinan minyak masak peket bersubsidi dijual oleh pihak tertentu sebagai minyak masak terpakai sehingga menyebabkan gangguan bekalan bahan itu di pasaran.
Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata wujud ruang untuk berlaku penyelewengan apabila minyak masak peket bersubsidi kini dijual pada harga RM2.50 sekilogram, sedangkan harga minyak masak terpakai boleh mencecah sehingga RM3.80 sekilogram.
Fuziah berkata kerajaan memperuntukkan sejumlah 60,000 metrik tan minyak masak bersubsidi setiap bulan dan ia sepatutnya mencukupi bagi menampung keperluan 5.8 juta isi rumah terdiri daripada golongan B40 dan sebahagian M40.
"Keperluan isi rumah selalunya dalam 4.8 kg sahaja sebulan, tapi peniaga mikro yang banyak guna, peniaga mikro ini guna lebih kurang 400 peket sebulan, macam kantin sekolah, peniaga cafe, selain daripada penjaja seperti peniaga goreng pisang dan keropok lekor.
"Kalau dulu mereka (peniaga mikro) mungkin menggunakan minyak masak sama berulang kali, tapi oleh kerana minyak masak terpakai pada hari ini harganya boleh dapat sehingga RM3.80 sekilogram maka peniaga tak perlu kitar banyak kali, tapi dijual (sebagai minyak terpakai)," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Jualan Rahmah Berganda di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai ketirisan berkaitan minyak masak peket bersubsidi susulan cadangan kementeriannya untuk menaikkan harga bahan itu.
Fuziah berkata setakat ini tiada aduan diterima pihaknya berkaitan penyelewengan minyak masak bersubsidi peket yang dijual sebagai minyak masak terpakai.
Tambah beliau cadangan untuk menaikkan harga produk itu adalah sebahagian daripada langkah penyasaran subsidi kepada golongan yang memerlukan, selain memastikan ia tidak mudah dijual sebagai minyak masak terpakai.
Sementara itu, Fuziah berkata kementeriannya sedang melakukan audit ke atas seluruh rantaian pengeluaran dan pembekalan minyak masak bersubsidi di seluruh negara bagi mengesan sebarang ketirisan.
"Audit ini akan selesai pada suku pertama tahun depan dan apabila audit itu selesai baru ada syor-syor berkenaan bagaimana tindakan yang seterusnya. Audit ini berkenaan dengan pelbagai perkara termasuklah berkenaan dengan isu-isu integriti berkaitan rantaian bekalan minyak masak ini.
"Sebab minyak masak ini kita ada Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) di mana sistem itu boleh monitor pergerakan minyak itu daripada penapisan kepada pembungkus semula, kepada pemborong dan kepada peruncit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023
Fuziah berkata wujud ruang untuk berlaku penyelewengan apabila minyak masak peket bersubsidi kini dijual pada harga RM2.50 sekilogram, sedangkan harga minyak masak terpakai boleh mencecah sehingga RM3.80 sekilogram. - Gambar fail
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti
Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar Datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti.
SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak, empat tahun lepas.
KPDN serbu dua restoran Pakistan di Jalan Ipoh
Dua buah restoran berkonsepkan Asia Selatan di Jalan Ipoh, diserbu dalam operasi membanteras penggunaan barang kawalan tanpa lesen oleh KPDN.
Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan
Kerajaan telah memulakan audit berkaitan subsidi minyak masak yang dilaksana di setiap negeri dan daerah sejak Oktober lepas bagi mengatasi isu ketirisan.
KPDN teliti kemungkinan minyak masak subsidi dijual sebagai minyak terpakai
KPDN sedang meneliti kemungkinan minyak masak peket bersubsidi dijual oleh pihak tertentu sebagai minyak masak terpakai sehingga menyebabkan gangguan bekalan.
Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak.
Kempen boikot tidak beri kesan besar terhadap penggunaan minyak masak - MPOB
Permintaan terhadap minyak makan itu, termasuk minyak sawit turut membabitkan kelompok pengguna lain.
Ahli perniagaan didakwa gagal selenggara buku stok kawalan minyak masak
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal menyelenggara buku stok bagi barang kawalan berjadual iaitu minyak masak, Jun tahun lepas.
Minyak masak: Naik taraf sistem eCOSS dijangka siap pertengahan 2024 - Fuziah
eCOSS yang kini sedang dinaik taraf oleh KPDN dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan.
Jemaah menteri setuju mekanisme harga dua peringkat bagi minyak masak
Jemaah Menteri secara prinsip bersetuju dengan cadangan pelaksanaan mekanisme 'two tier pricing' atau harga dua peringkat untuk mengawal harga minyak masak.